Assalamualaikum

my story :)

Wednesday 5 June 2013

P.E.R.J.A.L.A.N.A.N

Assalamualaikum

Dengan nama Allah  yang maha pemurah lagi maha mengasihani

Lama tak buka blog ni dah ada sarang labah-labah dah hehehe :)

Tentang perjalanan ini yang ditentukan oleh-Nya dan di jalani oleh diriku yang kerdil ini,sedikit keinsafan terdetik dalam diri,sedikit perubahan cuba ku lakukan,dan pelbagai cabaran harus ku tempuhi untuk mengekalkan perubahan yang sedikit itu,dengan kekuatan dan kepercayan yang Allah sentiasa bersama ku,ku tetap bertahan,kemudian,perlbagai cara ku cari,dengan mencari ilmu,hadir ke majlis-majlis ilmu,pergi ke kem-kem motivasi,ada satu ayat yang sentiasa aku ingat,1 waktu tidak solat 80 tahun dalam neraka,dan 1 tahun di akhirat bersamaan 1000 tahun di dunia,begitu jahil diri ini,yang senantiasa sombong tidak pernah ingin sujud kepada-Nya,sedangkan yang mencipta diri ini adalah Allah yang maha-Esa,

Diri yang jahil ini,terdetik dengan perasan ingin berubah,dalam perubahan aku perlu istiqomah,untuk istiqomah aku perlu kan kekuatan dan kesabaran,doa yang kupohon dan solat ku himpun yang menjadi kekuatan untuk aku terus berubah,tetapi bukan semudah itu,tetap jua ada halangan,rakan yang mengajak,dan masyarakat sekeliling yang melihat,aku kuatkan jua diri ini untuk menempuh,tetapi ada kala aku rebah jua.

Apabila bersama rakan yang mempunyai ilmu terasa diri ini sangat kerdil,tetapi itu adalah sebagai satu kekuatan untuk aku terus mencari ilmu,tidak ingin lagi aku sentiasa hidup dalam kejahilan,begitu indah melihat rakan berkongsi ilmu dan pendapat,ada yang berkongsi hadis,sunnah dan sebagainya,diri ku tidak terlepas dengan berkongsi ilmu yang cetek yang ada dalam diri ini.

Seketika duduk sendirian bermuhasabah diri,terlintas dalam diri ini kejahilan yang sebelum ini kulakukan begitu banyak perkara yang sia-sia dalam hidup ku,dan terlintas satu soalan,adakah aku dapat dimaafkan?ye aku tahu Allah maha pemaaf,tetapi layakkah diri aku ini dimaafkan? hanya DIA yang maha mengetahui.

maaf atas kekurangan atas tulisan saya,yang baik datang dari-Nya yang buruk dari diri saya,
terima kasih atas bacaan,assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment